✖‿✖ Click~Click NuffNang ✖‿✖








✖ Tips~Tips Buat Duit Dengan Youthsays ✖

|
Youthsays adalah salah satu tempat untuk rakyat Malaysia membuat duit online tanpa modal yang terbukti membayar… Youthsays ni pada asalnya tempat untuk menjawab survey tapi sejak dua menjak ni survey dah kurang pulak.. tapi tak perlu risau sebab Youthsays ada alternative lain untuk kita membuat duit online… Sekarang ni ramai yang kata Youthsays lebih bagus daripada nuffnang.. betul atau tidak aku pun tak tahu.. Youthsays ni..Memang berbaloi-baloi jugak laa.. baru 4 hari income dah mencecah RM50.00 kira banyak juga la kan kalau nak dibandingkan dengan program lain.. Jadi kat sini aku nak berkongsi serba sedikit tip-tip macam mana nak buat duit dengan Youthsays ni…

Sumber income daripada Youthsays ni terbahagi kepada 3..

First mestilah income daripada menjawab survey.. tapi kalau nak mengharap daripada jawab survey jer memang tak kemana la income korang.. lagipun survey ni memang jarang-jarang ada.. Jadi tiada lah tips untuk bahagian ni.. takkan jawab survey pun tak tahu kan.. hahahaha…

sumber income yang ke-2 pula ialah mengajak kawan-kawan korang join Youthsays dengan link affliate korang sendiri.. kalau korang ada ramai kawan boleh la cuba-cuba ajak dorang join.. tapi jangan lupa bagi link inviter korang.. kalau tak, tak merasa la rm0.20 sorang.. hehehe.. sumber ke-2 ni tak banyak membantu pun.. tapi boleh la cuba-cuba..

sumber income yang ke-3 pula ialah mempromosi link.. Promosi link ni la yang banyak membantu income korang dengan Youthsays ni.. Jadi izinkan lah aku berkongsi sedikit tips macam mana aku membuat duit online dengan mempromosi link daripada advertiser Youthsays…

1) Promosikan link dengan acc twitter
pandai-pandai korang la nak buat macam mana pun.. aku tak tahu pasal twitter ni..haha~

2) Promosi link dengan Facebook
Profile – ini la cara terbaik mempromosikan link youthsays, korang boleh postkan link di profile korang, kadar keuntungan terpulang dengan berapa ramai friends korang dalam facebook.. lagi ramai friends korang lagi banyak la kemungkinan korang dapat click… so, jadi la seorang yang suka add kawan di facebook.. korang tak rugi pun..

Tips
post link semasa waktu puncak.. biasanya time office hour.. time ni memang ramai yang online… jadi kemungkinan dapat click yang banyak besar…
jangan segan silu untuk membuat post beberapa kali.. biasanya orang post sekali jer.. cuba korang buat post link yang sama beberapa kali pada waktu yang berbeza.. mungkin post yang pertama pukul 12 dan post yang kedua pula pukul 5…
gunakan ayat yang memukau.. tapi jangan lari daripada tajuk sudah laa…

Fan page – Kalo korang ada fanpage korang boleh gunakan untuk mempromosi link korang, Tapi ingat.. fanpage berbeza caranya dengan profile..
Hanya post link yang ada kaitan dengan fanpage korang..
post sekali bagi setiap link.. tak perlu post 2-3 kali macam yang korang buat kat profile…

Group – sesiapa pun boleh buat group sendiri di Facebook.. so kalau korang ada group sendiri di facebook korang pun boleh promosikan link dengan membuat email Blast kepada semua pengikut group korang.. dengan cara ni agak berkesan juga kalau ayat dalam email korang tu power lagi memukau… Tapi perlu di ingat.. blast email sekali jer.. jangan korang buat spam pulak.. nanti tak pasal-pasal korang kena banned kat facebook…

3) Promosi dengan blog
kalau korang ada blog lagi bagus.. tapi pastikan la blog korang ada ramai pengunjung.. kalau takde pengunjung pun tak guna jugak kan… macam mana nak dapat click.. tips mempromosi dengan blog ni tak banyak sangat.. memandangkan kita memerlukan click jadi pastikan link diletakan dibahagian yang mudah dilihat....

Buat masa ni, ini je lah tips-tips yang dapat aku kongsikan.. kalau korang ikut semua tips-tips diatas, tak mustahil korang boleh buat duit online dengan youthsays ni.. cara-cara diatas telah terbukti berkesan, dalam beberapa hari jer dah boleh cash out.. Tapi perlu diingat.. jangan sesekali melakukan Spam.. kalau tidak sia-sia je la usaha korang.. kalau korang ada tips-tips lain, sudi-sudi lah berkongsi dengan aku.. Tak rugi pun kalau kita berkongsi Ilmu kan… Akhirkata.. SELAMAT MENCUBA…….

0 comments:

Post a Comment

Youthsays Chat Zone


Translate My Blog

-->



✖‿✖ Click~Click My Campaigns ✖‿✖



Share


/* -------------------------------- shout box ----------------------------------- */

.